There was an error in this gadget

January 03, 2011

beli dan belah!~

"why don't u make me feel, like I'm the only one in the world.."

Entah berapa kali Rihanna menyanyi lagi itu - ringtone handphone aku.
Dengan malasnya aku memandang ke skrin handphone dan....

"Omg! My mum is calling!" - lantas aku teringat satu agenda penting
untuk hari Ahad ini. Aku kena bawa adik perempuan pergi membeli
kelengkapan sekolahnya!
Oh tidaakkkkk!!! Jam dah melepasi angka 9 pagi!

"hello~ mak! Sorry....adik terlajak tidur"

"dah tu? Pukul berapa nak bawa Anis pergi barang sekolah dia?" suara
Mak di hujung talian.

"erm..aaaa...hm..~ suruh Hans hantar dia kat station lah." balas aku.

"tak boleh! Dia tu perempuan. Abah suruh hantar ke tangan Adik dengan
selamat" Mak membantah

Aduhai..macam mana ni..
Akhirnya adik lelaki aku, terpaksa Hans membawa Anis terus ke Times
Square dan dalam masa yang sama aku cepat2 bersiap.
Turut sama dalam 'acara' membeli belah itu ialah kawan Anis yang aku
tak tahu namanya, adik lelaki aku, Hans dan aweknya Ina.

Aku tiba di Times Square kira2 jam 1030am, menyarung sweat jaket
UNIQLO yang baru dibeli semalam =) dan menunggu mereka tiba. Sementara
menunggu, aku sempat membeli sebuah fedora kelabu yang murah! Ketika
mencuba topi itu, aku melihat cermin dan kelihatan jelas eyebag di
bawah mata gara2 tidak cukup rehat!

"I need a shades! A new shades!" - untuk menutup rupa mata yg teruk.
Puas meneliti beberapa shades di dlm Times Square tapi satu pun tidak
aku berkenan.. Spoil betul lah!

Beberapa minit kemudian, Hans tiba bersama rombongannya. Dan kami
terus ke Sg.Wang Plaza utk mencari baju sekolah Anis.

Lokasi pertama adalah Parkson!

Aku membiarkan Anis dan kawannya memilih, sementara dipantau oleh Ina.
Aku bab2 baju perempuan ni, tak berapa pandai sangat. =)

"sini tak banyak pilihan lah" Ina tiba2 bersuara

"huh? Yeke? Then how?"

"mahal pulak tu. Sehelai baju kurung sekolah RM30.00!" kata Ina

Memang betul, Parkson agak mahal. Tapi aku tak tahu nak bawa Anis beli
baju sekolah di mana..sebab itu aku terus bawa dia ke Parkson.

"kalau mahal, ada idea nak pergi mana?"

"kita pergi Mydin" cadang Ina

What!? Mydin??? Perghhhh...tempat tu aku pun dah lupa bila kali
terakhir aku jejakkan kaki ke situ.
Pada aku, Mydin tiada kelas langsung! Sudah lah ramai warga
asing...tempatnya berserabut pulak tu.
Tapi bila difikir2, setakat nak beli baju sekolah je pun, lalu kami
terus ke Mydin yang terletak berhadapan dengan Stesen Puduraya.

Ramai gila orang di situ dan kebanyakkanya berkeluarga, mencari
pakaian dan kelengkapan sekolah anak2. Aku dan Hans sekadar melihat2
dan Ina membantu Anis dan kawannya memilih baju.

"kasut sekolah takde size lah" kata Anis

"amik je lah kasut lain..tu yg strappers tu" aku menunjuk ke arah
himpunan kasut sekolah di satu sudut

"tak nak..Anis nak yang bertali jenama North Star" katanya

Wah!~ demanding pulak adik aku sorang ni. Aku berfikir2 utk bawa dia
ke Mid Valley mencari kasut sekolah. Lagipun kawan aku si Zaidah ada
di Mid Valley bersama Amran. Mereka sedang bershopping.

Tiba di Mid Valley, Anis berjaya mendapatkan size dan jenama kasut
yang diidamkan. Setelah aku belanja makan, mereka pulang dan aku terus
berada di Mid Valley kerana aku akan pulang bersama Zaidah & Amran.

Aku sempat membeli makanan hamster dan sepasang kasut yang
saaannggaatttttt menarik!

"gosh! I love my new shoes!"

Its blue, light blue, navy blue, sky blue, dark blue~
Its a blue checked shoes! I bought a deodoran, notepad, highlighter,
socks, a new tv antenna! (yes!), magazines etc..etc & etc

I spent almost rm700 of my salary today.. +_+

*im too tired~


-
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment