January 02, 2011

2010, shocking year.

Selamat Tahun Baru 2011!

Yeah~ sudah masuk tahun 2011. Lagi 9 tahun untuk ke tahun 2020. macam2
boleh berlaku dalam masa 9 tahun ke tahun 2020 itu. Tapi bagi aku, 365
hari saja sudah cukup untuk merubah pelbagai perkara dalam tahun 2010.

Secara keseluruhannya aku klasifikasikan tahun 2010 aku sebagai tahun
yang penuh "kejutan". Wow~ bunyi sangat surprise kan? Tapi ya memang
betul..tahun 2010 itu juga berlaku satu anjakan paradigma (ayat poyo)
untuk kamus hidup aku.

2010 juga menjadi satu tahun pahit untuk aku di mana hubungan aku
dengan seseorang menemui kegagalan dalam cara yang amat tragik. Aku
menjadi lemah, tidak terurus dan berada dalam kekhilafan yang teramat
sangat. Sungguh teruk keadaan aku pada waktu itu...
Bila difikirkan kembali, soal hati dan perasaan bukan satu permainan.
Pengaruhnya cukup kuat. Tapi itu sudah menjadi sejarah hitam, tak
perlu diceritakan dengan lebih lanjut.

2010 itu juga membuka mata aku tentang seseorang yang selama ini
menaruh hati terhadap aku. Dari era kegemilangan MySpace, sehinggalah
aku menjadikan Facebook sebagai kewajipan, rupanya ada sekeping hati
yang comel dan 'little' menanti. Dia menjadi pengubat kepada kepecahan
hati aku. Menjadi love guru yang hebat sehingga akhirnya kami bersama.
Cinta membawa aku terbang ke Kuching, Sarawak.
Cinta membawa aku kepada erti kesabaran dan logik akal.
Cinta membawa aku kepada pemahaman bahawa tidak semuanya buruk belaka.

2010 juga menjadi penutup kepada dunia kerja F&B yang aku galas selama
beberapa tahun kebelakangan ini. Sasaran aku untuk menembusi bidang
kerja retail menjadi kenyataan sebaik aku menandatangani surat tawaran
dari butik terkenal Jepun, UNIQLO.
Dengan angka gaji lumayan yang ditawarkan, membuatkan aku tidak
menoleh ke belakang lagi.

"you can't resign from here, unless you get basic salary more than
what you get here, now" - kata2 Supervisor di tempat kerja lama aku.
Tapi aku sudah buktikan yang aku boleh mendapatkan lebih dari apa yang
aku pernah kais di tempat kerja lama aku..

Lebih..sangat jauh bezanya.

Tahun 2010 sudah berlalu dan semalam, aku menyambutnya dengan meriah
bersama teman sekerja UNIQLO. Menari, ketawa, 'pengsan' dan macam2
drama berlaku di Celsius Bar. Dari situ juga aku boleh lihat wajah
sebenar rakan sekerja.. Hehe.

Azam aku pada tahun 2011?
Well, since aku dah dapat tembusi retailing arena, aku akan cuba
bertahan sekurang2nya setahun, dan aku akan cuba mencari tapak dalam
jenama high fashion lain..

Aku nak kerja rajin2 dan kurangkan mendapat selsema! Haha =D nak naik
gaji dan gaji..dan gaji!

*gaji kedua di UNIQLO ni, nak bawak adik beli uniform dan kelengkapan
sekolahnya =)


--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment