1998-menyaksikan kemunculan generasi baru dlm penyiaran
radio.Era.Fmmuncul membawa satu inovasi moden yg menjadi halwa telinga pendengar
yg sebelum itu disogokkan dgn radio2 bersuara standart 'bass' oleh
RTM.
Kemunculan Era telah mengubah persepsi pendengar yg selama ini hanya
tau radio itu cuma memutarkan lagu-dan sedikit info dan selebihnya
celoteh entah apa2 oleh DJ yg bertugas.
Stesen radio Era mula mendominasi ruang penyiaran radio dgr
mengetengahkn konsep segar dan mesra pendengar-hingga pada satu tahap
anda merasakan penyampai2 Era tak ubah seperti kawan rapat
anda.Pelbagai info hiburan,peraduan,gosip dan berita disampaikan tepat
dan ringkas tetapi padat.
Diangkat sebagai stesen radio No.1 di Malaysia,Era semakin gah
mengatur langkah dgn memperkenalkan Anugerah Era yg diadakan saban
tahun.Aku yg membesar bersama radio Era pernah terfikir,sampai mana
mampu stesen berpengaruh ini berdiri di puncak populariti.Sementelah
kesemua penyampai Era berstatus selebriti.
Lewat tahun 2006,muncul pula radio swasta yang bertemakan "Lebih
Hangat Daripada Biasa" -Hot.fm.Muncul dikala radio Era sedang ghairah
mengekalkan statusnya sbg radio No.1 negara.
Hot.fm dikemudikan oleh saki baki penyampai drp stesen radio Era
sendiri Yg berpangkalan di Sri Pentas milik sepenuhnya Media Prima
Bhd.Dari sinilah bermulanya perang memancing pendengar.
Pendengar2 kini telah berpecah mengikut penyampai kegemaran
mereka.Peminat FBI,Farah Fauzana dan Seelan Paul kini melekat di
stesen Hot.fm manakala pengurusan radio Era telah membuat kesilapan
dgn memindahkn beberapa penyampai pioneer radio tersebut ke stesen
lain.Satu langkah yg kurang bijak.
Halim Othman ke Sinar.fm
Khair Rashid ke XFresh.fm
Subi,Najman,David Low kesemua mereka dihantar utk 'menaikkn' stesen
baru milik Astro- Sinar.fm.
Keputusannya Era kekurangan kuasa pendengar yg telah beralih ke
stesen2 lain kerana penyampai mereka dipindahkan.Satu peluang baik utk
Hot.fm mengukuhkan nama.Tatkala Era sedang berhempas pulas mengekalkn
statusnya,Hot.fm yg menjadi stesen berbahasa melayu ke-2 di belakang
Era dilihat semakin kukuh pengaruhnya.
Era pula mencuba 'resepi' baru dgn menjemput pengacara2 tv sebagai
umpan memancing pendengar.
Kak Engku,Aznil dan Yasmin Hani antara yg dipanggil menjadi
'penyampai'-tak lupa juga Apek.
Tapi malangnya,Era tersungkur kerana gagal memikat pendengar
setianya.Apa saja cara yg diguna-pakai oleh Era,langsung tidak
mengena.Stategi mereka gagal...
Terbaru dr AC Neilson,Hot.fm kini diangkat sebagai stesen radio No.1
berbahasa melayu di Malaysia!Syabas Hot.fm.
Kedudukan Era kini?
Aku tak amik peduli...
*Kieran sudah meninggalkn radio Era baru2 ini.