Setelah diplanning selama 3 bulan, hasrat kami bertiga untuk bercuti
di luar Kuala Lumpur tercapai jua. Kami bertiga yg dimaksudkan ialah
aku, Amran & Zaidah. Ini bukan percutian luar Kuala Lumpur yg pertama
buat Amran dan Zaidah sebab sebelum ni diorang dah ke Bukit Fraser
tanpa aku. Actually,bukan tak ajak tapi aku susah nak mendapatkan
perlepasan dari tempat kerja.
Plan ke Penang ni muncul tatkala aku dan Zaida sedang menikmati makan
malam di Bdr Tun Razak..sambil2 makan sambil online website AirAsia =)
"lets go to Penang!" sahut aku
Since kami bakal menaiki kapal terbang ke sana,kami telah awal2
menempah tiket penerbangan pergi balik. Thanks to Amran =) Well,3
bulan sebelum bertolak ye.
Kami ke penang pada 1-3 April lepas menaiki penerbangan pertama dari
LCCT...agak lemau gak lah nak menunggu sebab kami menghabiskan masa di
KLIA dan LCCT pada mlm 31 Mac tu.
Sebelum bertolak,sempat jugak aku membeli sebuah luggage baru yg
comel..SAMSONITE ok! haha..kopak2..aku beli sebab luggage yg lama tu
dah tak kukuh.
Flight kami berlepas tepat jam 6.55am dari LCCT dan tiba di Penang 50
minit selepas itu..
Ini kali pertama Zaida & Amran menaiki kapal terbang..so semasa ke
Penang,aku bagi Amran duduk tepi tingkap dan ketika penerbangan
pulang,Zaida pula duduk tepi tingkap..
Kami daftar masuk di Hotel Copthorne,Tg Bungah sekitar jam 10
pagi..awal tuh! perjalanan dari airport ke hotel lebih kurang 45
minit..btw,kami menaiki limosin! panjang ye..selesa kaki bak kata
Amran yg duduk belakang..
Hotel penginapan kami amat ekonomi dan cukup selesa dgn bajet yg
dilaburkan..ada private beach lagi ok! hehe..so jauh dr pengunjung2
luar..exclusive sgt2..
Staff hotel sgt friendly..
Oh ya,kami mintak extra bed and I slept between two of my friends =)
Malam pertama kami ke pasar malam Batu Feringghi menaiki shuttle
percuma yg disediakan pihak hotel..dalam shuttle tu cuma kami bertiga
melayu..the rest are foreigners.
Hari kedua..
kami breakfast di coffee house tepi kolam renang..mkn like there is no
tomorrow..dan selepas itu kami ke Toy Museum yg terletak betul2 depan
hotel penginapan kami. Bayaran masuk Rm8 utk dewasa..
Sumpah ckp Toy Museum ni mmg best gile! terbaaeeekkkk!!
Macam2 watak kartun,action figures,dolls dan maskot dari filem2
terkenal Hollywood ada dlm muzium ni..Kata penjaga muzium ni,pemilik
koleksi permainan ni mendapatkan koleksi2 tu semua dari luar negara
and guess what,apa yg kami tgk dlm muzium tu cuma 60% drp koleksi
sebenar milik si pengumpul..
what!? 60% je dlm byk2 tu?
serius beb muzium tu besar dan kalau dlm ribu2 koleksi tu cuma 60%,
means koleksi asal dia mesti baaannyyaakkk gilerrrss kan?
Selesai tgk2 toys,kami ke Georgetown, Komtar, Perangin Mall...Gurney
etc..seharian jalan tak cukup...
Malam itu kami tak kemana2 sebab hujan..so duduk bilik sajeee..tgk
tv..makan sambil layan Scary Movie 4..haha dah takde ape nk
buat..sampai semua tertido..
Last day in Penang, kami breakfast mcm biasa..berkemas dan check
out..tapi flight pukul 9pm..ape nak buat lagi 8 jam nih? Then kami
decided utk jalan2 di Queensbay Mall...yes Queensbay Mall ni sgt
meletup ye! the biggest in Penang if I'm not mistaken..kami spent some
hours before bergerak ke airport sekitar 6pm..
Sampai di airport,daftar masuk dan checkin sumua luggage..we spent our
very last moment in Penang at McDonalds! huhu online facebook di
sana...
We took off from Penang late that night.it was around 935pm from the
original schedule..flight was delayed.. =)
*was thinking to go to Kuching before this year Hari Raya*
--
Haie Ahmad