December 02, 2010

Welcome to UNIQLO!

From Tokyo to Kuala Lumpur!

Itulah tagline yang paling popular di sekitar Bukit Bintang pada bulan
Oktober lepas. Dari dada2 akhbar ke majalah fesyen; dari papan2 iklan
billboard di sekitar Bukit Bintang sehinggalah ke badan bas RapidKL
yang dibalut dengan promosi pembukaan butik terkenal dari Tokyo iaitu
UNIQLO (disebut sebagai "uni-kulo" dalam bahasa Jepun).

Aku juga berbangga kerana aku merupakan salah seorang daripada ratusan
calon yang mencuba nasib untuk bekerja di butik terkenal itu.
Permohonan ke5ja yang aku hantar pada bulan Ogos lepas membuahkan
hasil dan aku meninggalkan SEEDcafe pada penghujung Oktober lalu.

UNIQLO merupakan sebuah jenama fesyen terkemuka dari Jepun yang telah
mempunyai lebih dari 800 butik di seluruh dunia yang mana
kebanyakannya terletak di negara matahari terbit itu sendiri. Antara
butik UNIQLO yang terletak di luar Jepun adalah di Paris, Hong Kong,
London, New York, Beijing, Shanghai, Taipei, Moscow, Singapore dan
yang terbaru MALAYSIA!

Paling utama di sini ialah, Kuala Lumpur boleh berbangga dan berada di
dalam kelasnya tersendiri kerana butik UNIQLO pertama di Malaysia yang
terletak di Fahrenheit 88 itu merupakan butik UNIQLO yang terbesar di
Asia Tenggara! Hebat kan? Merupakan penyewa utama di gedung Fahrenheit
88 (bekas tapak KL Plaza) dan merangkumi 3 tingkat, UNIQLO KL
kelihatan seolah2 'mendabik dada' dengan kedudukannya yang menghadap
pintu utama shopping mall terbaik dunia, Pavilion KL. *mesti korang
tak tahu Pavilion is the best Mall in the world for 2010*

Antara best selling item yang dijual di UNIQLO ialah Fleece jacket,
micro Fleece, light Fleece dan HEATTECH® items. Rangkaian Fleece
sungguh selesa dan sangat lembut bila dipakai. Aku rasa macam nak
tidur dalam himpunan Fleece sebab ianya sangat comfy! Serious!

HEATTECH® pula merupakan teknologi terbaru dari Jepun yang mana ia
datang dengan rangkaian pemakaian dari kepala hingga ke kaki; neck
warmer, gloves, innerwear, socks, ear warmer etc. HEATTECH® sesuai
untuk musim sejuk kerana ianya sangat nipis dan fabrik yg digunakan
untuk membuat HEATTECH® itu boleh menghasilkan haba! Cool gile kan?
Yes! Im serious here..say goodbye to ur super-thick-michelin-looks
winter jacket and go out to play snow with super thin HEATTECH®
without any doubt of its ability to generate heat.

Banyak lagi yang terdapat di UNIQLO!

Opening hours ; 11am - 9pm daily.

*setiap hari, beribu kali aku ucap "hello, welcome to UNIQLO"

August 28, 2010

customer isnt always right

Siapa cakap "customer is always right" ?

Aku rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman tentang bidang kerja aku kepada pembaca. Lebih 3 tahun bergelumang dengan dalam dunia 'food & beverages' yang berpaksikan kerjaya dalam lapangan 'customer service', banyak pengalaman yang aku terima dan pelajari sepanjang menyandang posisi sebagai seorang pelayan atau lebih mesra dikenali sebagai waiter.

Pernah aku menonton rancangan tv kendalian Martha Stewart sedikit masa lalu yang mengupas tentang satu prinsip yang 'terpaksa' dipatuhi oleh setiap pekerja. Di dalam bidang customer service, tidak dapat lari daripada ungkapan emas "customer is always right".

Yes, dalam apa jua keadaan pun, pelanggan atau pengguna seolah2 telah diberi keistimewaan untuk menggunakan alasan itu tatkala mereka berhadapan dengan situasi yang boleh mencalarkan kredibiliti mana2 pihak; samada pihak pemberi khidmat atau pengguna itu sendiri.

Tapi bagi aku, ungkapan itu telah disalah guna oleh sesetengah daripada pelanggan semata2 untuk mendapatkan khidmat extra ataupun istemewa.

Dalam skop kerja aku sebagai seorang waiter, aku berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan yang 'tidak berhati perut' dan juga tiada sifat common sense! Mereka acapkali meminta itu dan ini termasuk memberikan alasan tidak munasabah hanya untuk kepuasan diri sendiri....mungkin dengan alasan mereka membayar khidmat kami (waiter).

berikut antara pengalaman yang pernah berlaku..

Kes 1 : Dua atau tiga orang pelanggan melangkah masuk ke dalam sebuah restoran sambil berbual tanoa henti. Mereka memilih sebuah meja dan diberi menu oleh pelayan bertugas. Pelayan membiarkan pelanggan itu untuk beberapa minit melihat2 menu. AKAN TETAPI, pelanggan2 tadi masih rancak berbual dengan menu terbuka di tangan! Adakalanya sampai ke 10 minit berbual dan masih tidak memilih makanan!
Ini boleh mendatangkan marah kepada si pelayan itu tadi. Tapi apakan daya, kami hanya boleh tunggu dan terus menunggu... Kalau ye pun nak berbual, order lah makanan atau minuman dahulu, kemudian berbual lah sampai pagi....

Sebab kadang2 berlaku kes di mana, ketika pelanggan tadi sibuk berbual, akan masuk pelanggan lain yang duduk di meja bersebelahan dan terus memesan makanan (contoh; Sandwich), dan diikuti oleh meja pelanggan yg sibuk berbual tadi (juga memilih Sandwich), sudah tentu pelanggan yang tiba selepas mereka itu akan mendapat makan terlebih dahulu.
 
Bila meja yang datang lewat itu mendapat Sandwichnya lebih awal dari mereka, nanti akan berbunyi "eh? why they got sandwich first? we came here first" Bodoh kan statement ini?? Memang lah kau datang awal tapi kau sibuk berborak tak ingat dunia.
siapa nak jawab?? sendiri mau ingat lah..

Kes 2 :   Seorang pelanggan masuk ke restoran dan memesan soup. Sambil menunggu, si pelanggan ini membelek majalah yang ada di restoran. Beberapa minit kemudian, soup yang dipesan tiba...AKAN TETAPI, si pelanggan ini seolah2 tidak tahu yang soup itu tidak akan kekal panas sebegitu...dia masih leka membaca majalah. Kira-kira 30 minit kemudian, dia meletak majalah di sisi meja dan mula menghirup soup itu..
Kemudian akan berbunyi "excuse me! why your soup is cold? it should be served hot right?" Bodoh kan statement ini?? Memang lah soup itu akan sejuk kalau di biarkan... siapa nak jawab?? sendiri mau ingat lah..



--
Haie Ahmad

August 23, 2010

Chilis closed lah you dumbass!!



Arrrgghhhhhhhhhhhh!!!
Aku geram dan rasa macam nak hentak kepala orang2 yang bangang itu semua! Nak kata bodoh tak jugak, semua nampak berpelajaran dan berpengetahuan tinggi......itu mungkin dari luaran, tapi sifat "common sense" sangat2 LOW! Not just low...but the LOWEST!

Nak dijadikan cerita, restoran Chilis di sebelah tempat kerja aku ni ditutup sementara sepanjang bulan Ramadhan ini kerana membuat renovation dan upgrading works. Lepas tu didirikan lah satu dinding besar sepanjang2 keluasan restoran itu untuk mengkhabarkan pada semua bahawa mereka sedang menutup perniagaan untuk sementara.

Sudah tertera notis penutupan dan tempoh ianya ditutup...
Tetapi si bangang2 ini yang kononnya regular customer sangat bijak melontarkan soalan2 bodoh tak masuk akal..rase macam nak sembur je muka mereka2 ini..

Disebabkan SEEDcafe terletak bersebelahan dengan Chilis, jadi kami staff2 SEEDcafe yang berdiri di luar akan menjadi "mangsa" soalan bodoh yang sudah terang-terangan ada jawapan di depan mata..antara soalannya berbunyi ;

"excuse me, is Chilis closed??" tanya si bodoh dengan muka kehairanan.

Hello?????? kau tak nampak ke terpampang depan muka sebidang playwood dengan logo Chilis tu ditutup?? takkan nak tanya lagi? Siap ada notis penutupan pulak tu.
Ikut hati aku nak je jawab "eh, no lah..they still open, just break the plywood then you'll be in!"...itu pun kalau aku bersikap sarkastik!

Bukan seorang atau dua yang tanya..tetapi ramai sudah bertanya..
Dan kami agak letih hendak menjawab. Kadang2 mereka ini nampak je macam bijak pandai, tapi otak letak kat lutut..Chilis tutup bermula 1 Ramadhan dan aku pada pagi itu dari jauh sudah nampak Chilis tutup...common sense lah sikit...

Kalau dah bertutup dengan penghadang tu apa maknanya?? takkan dia masih beroperasi kot??. BODOH!!!

Di bawah ini ada antara beberapa soalan dumbass orang ramai tentang Chilis;

"is Chilis closed?"

"eh, Chilis tutup ke dik?"

"tumpang tanya, Chilis closed ke?"

"do you know what happen to Chilis?"

"do you know why they're closed?"
(this question!! for God sake! how do i know $%^&)

Tapi dalam banyak2 soalan bangang yang ditanya, tengahari tadi ada satu soalan dari seorang mat saleh ni tentang Chilis...soalan dia ni boleh aku nobatkan sebagai
"The Most I-Am-Fucking-Stupid-Enough-Because-This-Question-Once-Came-Out-From-My-Mouth" award sebab soalannya berbunyi ;

"Excuse me, how can i get into Chilis??"   <sumpah kalau ada senapang, aku dah shoot>

dan aku patut jawab dengan nada sarkastik berbunyi ;

"Sir, just go in front of the notice there, do a meditation for a while..close your eyes...then booommm!!! youre in Chilis!!!"

by;
Haie Ahmad