June 15, 2010

Waka waka..its time for Africa!

Yehaaa! Sudah tiba masa untuk World Cup 2010!
Tahun ini South Africa menjadi tuan rumah untuk World Cup edisi 2010.
Aku pada mulanya tidak yakin akan kemampuan negara miskin tersebut
untuk menganjurkan acara bola sepak terbesar dunia tetapi siapa tahu
kriteria2 yang dipandang oleh FIFA kan? apa2pun tahniah kepada South
Africa kerana berpeluang menjadi hos liga terbesar itu.

Seperti edisi2 World Cup terdahulu, negara2 yang menjadi pilihan aku
adalah ITALY, FRANCE, ARGENTINA dan GERMANY. Aku sebenarnya tidak
berminat dengan bola sepak. Apa tah lagi mengikuti perkembangan
sesuatu perlawanan itu tetapi lain jadinya ketika World Cup
berlangsung. Aku boleh datang dari Rawang ke Bkt Bintang semata2 untuk
bersama2 dengan peminat fanatik bola sepak yang lain menyaksikan Italy
membenam France pada final World Cup 2006 di German dahulu. Berbaju
biru tertera perkataan "ITALIA" di belakang, dengan face painting
bendera Italy di pipi, aku bersama rakan2 berpesta di Bkt Bintang.

"what!? Haie is watching football?" kata beberapa rakan.

Yes, I will watch a world tournament only; World Cup or EURO Cup.

mana2 rakan yang dah "kenal" dengan aku, memang tak percaya aku
menonton bola sepak tetapi mereka percaya aku satu2nya rakan ***
mereka yang menonton bola sepak.

Aku pernah tanya kepada seorang kenalan;

"Joe, ko ade kenal mana2 *** yg layan bola tak?"

"ada. Its u. The one and only *** that I ever knew watching football"
- balas Joe. Aku tergamam kejap. Hai meh??

Well, aku tak rasa pelik atau bercanggah dengan hukum seorang ***
untuk menonton bola sepak. Football untuk semua orang dan for me, I
can only say that I watch World Cup because it is a huge event ever in
the world yang hanya datang empat tahun sekali. Kalau aku seorang ***
menonton bola sepak, its my rights. Sumpah aku tak tahu siapa kapten
pasukan itu dan ini...sumpah aku tak tahu siapa yang jaringkan gol
sebentar tadi..sumpah aku tak tahu siapa yg berjersi nombor 10
itu....dan sumpah aku tak tahu langsung nama coach pasukan itu dan
ini...hahahha.

I don't know why coz I love BLUE color..
I guess that's the main reason why I picked Italy, France and
Argentina as my favourite giants...except German coz I like the jersey
design after one of my crush wore it during Germany 2006 =p xoxo!

*waka waka! Its time for Africa!

--
Haie Ahmad

June 06, 2010

Paul Smith ???

Malam tadi lepas balik dari kerja, aku dan beberapa rakan sekerja
menuju ke Downtown, Cheras untuk cuci2 mata dan mencari apa2 barangan
yg berkenan di hati. Aku bercadang untuk mendapatkan wallet baru
memandangkan wallet yg aku guna skrg sudah berusia 5 tahun! Wallet
berjenama EXTREME itu dibeli di butik Extreme di Times Square pada
tahun 2005.

Di Downtown, aku mencari wallet dari jenama Paul Smith. Sudah beberapa
kali aku ke situ sebelum ini dan entah berapa kali aku membelek wallet
Paul Smith. Hajat ingin membeli tetapi pada waktu itu masih belum ada
design dan corak yg menepati jiwa..haha..!!

Tetapi mlm tadi, aku jatuh hati dgn satu rekaan wallet Paul Smith
ini..nampak segar dgn gaya minimalis. PVC putih beserta icon signature
Mini Austin berjalur warna-warni itu sungguh memikat hati. Aku
mendapatkan wallet itu setelah habis pusing seluruh bazaar Downtown.

Well, walaupun bukan yg asli..aku punya suka lah sebab aku yg nak
pakai =) asalkan cantik !

*sempat sambar satu gelang kaki baru!
--
Haie Ahmad

June 04, 2010

COCO sudah tiba!!


Akhirnya!!!!!
Bilik aku yang sunyi sejak akhir2 ini sudah menerima penghuni baru. Seekor hamster baka Winter White jantan kini menghuni bilik aku. Hamster ini merupakan hadiah hari lahir aku yang diberi oleh teman baik bernama Zaidah =) . Balik saja dari kerja pukul 6pm tadi, aku menunggu Zaidah di Mid Valley untuk sama2 membeli hamster ini. Aku namakan peliharaan aku ini sebagai Coco. Itu pengaruh filem fesyen Coco Avant Chanel yang aku tonton bersama dengan Zaidah pada hari lahir aku beberapa hari lepas.

Sebaik Zaidah tiba di Mid Valley, kami terus menuju ke Pets Wonderland yg terletak di tingkat tiga mall itu. Rasa teruja dan seronok sebab nak memiliki semula hamster. Sebelum ini pun aku pernah membela beberapa ekor hamster tapi sekadar bela main2..bukan serius. Di dalam pet store itu, kami mengambil masa untuk memilih beberapa aksesori untuk hamster yang bakal dibeli..setelah ditolak campur segala keperluan..akhirnya kami decided untuk mengambil pakej "hamster kit" sahaja.

Sebuah hamster cage lengkap dengan exercise wheel, drinking bottle, foods, chew yoghurt, dan habuk kayu dan seekor hamster yg menjadikan nilai keseluruhan pakej itu RM 96.00. Kini bilik aku sudah ada hamster...bernama Coco. InsyaAllah aku akan beli lagi seekor betina sebab Coco ni jantan..nanti dia horny sekor2 dalam cage tu. At least ada lah teman bergaduh dia nanti.. =)

*Thank you Zaidah for the tikusss~