August 05, 2010

1, 2, 3...Hunn yours, Bushy =)

"Hunn, Arez sent me a msg thru facebook once ive approved him"

Lebih kurang begitu lah text yang aku terima daripada Jesper. Lain
macam benar bunyinya. Aku sendiri tertanya2 kenapa dia memberitahu aku
tentang mesej yang dihantar oleh bekas kekasih aku itu.

"a message? Abou what?"

"I dont know. There's a lot to tell you. Is there something wrong with
Arez lately?" soal Jesper kembali

"hm.. I dont know. I rarely contact him now"

"if like that Hunn, why dont u login into my facebook account andread
it by urself" Jesper menyuruh aku untuk masuk ke inbox facebooknya dan
membaca sendiri mesej yang dihantar oleh Arez.

Tanpa membuang masa, aku mengakses masuk ke akaun Jesper dan membaca
mesej yang dimaksudkan. Agak panjang mesej yang dihantar itu. Dari isi
kandungannya, Arez tidak mencerca aku malah jauh sekali membenci
Jesper kerana memiliki aku kini. Tetapi mesej itu seolah2 bercerita
tentang seseorang yang lain.
Seorang yang juga merupakan kenalan kami bertiga.

"hm..baby, he talks about Zach" aku memberitahu Jesper

"i know he talked about Zach but why he did that?" soal Jesper

"baby u know about Zach used to had a crush on me kan?"

"Arez wanted to ruins peoples thoughts ke?"

"im not sure but it seems like he still hold a grudge over Zach"
terang aku kepada Jesper.

"but Hunn, you said Zach already has a boyfriend right?"

"yes he has a boyfriend, Arez has a boyfriend and i got u as mine. I
think Arez shouldnt send this kind of message to u." dengan nada
sedikit kesal aku terangkan kepada Jesper

"Well Hunn, I dont think that Zach would do this to me coz he owes so
many thing from me in term of advices. But if he does, i will brain
wash him until he become a good person" balas Jesper

Aku tak tahu hendak berkata apa. Dalam kepala aku bemain persoalan
tentang motif mesej Arez itu. Mahu atau tidak, aku perlu mendapatkan
penjelasan daripada Arez sendiri. Jika tidak, perkara ini akan
berlarutan.

Aku menghantar text kepada Arez.

"mesej yang dlm facebook Jesper tu, its about Zach kan?" tanya aku kepada Arez

"Yup" - ringkas sahaja jawapan yang aku terima.

"but why? Kenapa Zach?" tanya aku lagi

"just as a precaution for Jesper about Zach" balas Arez

"you dont have to do that. He has a boyfriend now and Im sure that he
will spend more time with his boyfie than thinkin bout me"

"well, I know him. He still loves you"

"No..please stop. U ada boyfriend, Zach ada boyfriend and I have mine.
Just take a good care of our boy"

Pesan aku kepada Arez. Ya mungkin kami pernah bergelar pasangan
dahulu. Pernah bahagia bersama, pernah berkongsi pelbagai pengalaman
tetapi kini semuanya sudah berubah. Dia bukan lagi milik aku seperti
dulu.

Hati aku kini milik Jesper. Seperti yang Arez katakan di dalam
mesejnya kepada Jesper berbunyi;

"HE(zach) wont get to haie no matter what as u have successfully
"protect" him from such a person.."

Yup, Jesper "lindungi" aku dari anasir luar.
Aku sayang dia. Sangat sayangkan dia..LOVE mungkin tepat untuk
menggambarkan itu.

Dia milik aku. You dont have to worry Arez.

"anyway, thanks lah sebab bagi 'amaran' kat Jesper tentang Zach tuh" -
text terakhir aku untuk Arez

"Welcome" balas Arez

=end

--
Haie Ahmad

August 04, 2010

makan GCB malam buta!

GCB di tengah malam

Seperti yang dijanjikan, malam ini aku dibawa oleh Amran untuk
menikmati burger terbaru GCB di McDonalds. Bukan lah aku tak pernah
makan burger itu, tetapi entah kenapa malam tadi aku terasa ingin
benar mencubanya untuk kali kedua.

"jumpa kau pukul 1am nanti ok!" tweet yang dihantar oleh Amran ke
akaun Twitter aku.

What?! Pukul 1am ke? Boleh lah...asalkan dapat melangsaikan nafsu
perutku yang mengidamkan GCB terbaik dari McD itu.

Sebaik tiba di rumah kira2 pukul 1130pm, aku berehat, mandi dan sempat
online sementara menunggu Amran tiba. Tidak lama lepas itu handphoneku
berdering...

Suara Amran di hujun talian..

"Haie, kita pegi pukul satu lebih tau"

"Pukul satu? Boleh je..tak lewat sangat ke?"

"Alah takpe..aku tgh tunggu Papa amik aku"

"Papa? Eh..dia tau tak aku ikut?"

"Takpe nanti aku bagitau dia..pukul satu tau"

"oh ok..eh nyah, jangan lupa novel Aa+Bb tau"

Aku sambung online sambil menunggu jam ke pukul 1am..
Hampir sejam aku online, Amran sekali lagi menghubungi aku dan katanya
dia sudah hampir sampai di rumah aku.

Oh shit! Kenapa lambat sangat bagitau. Aku belum bersiap!
Aku bergegas menyarungkan tshirt pemberian Amran sewaktu ke Penang
dahulu..berseluar crop-pant dan berselipar baru!

Ku capai dua buah handphone, kunci rumah, wallet dan..rokok!

Setibanya di bawah, Amran tiba menaiki Gen2 milik Papa. Oh! Papa yang
dimaksudkan itu bukanlah bapa atau ayahnya ok..itu panggilan kepada
kawannya itu. Amran berambut baru! Cantik!
Aku masuk ke tempat duduk belakang dan kereta itu menyusur keluar dari
Bandar Tasik Selatan.

Kami menuju ke McDonalds yang beroperasi 24jam.
Tetapi aku pelik kerana Papa tidak memandu ke McD Taman Conought,
sebaliknya dia terus memandu ke arah selatan lebuhraya. Aku dah mula
pelik..sebab kami plan untuk ke McD Taman Conought.

"Amran, kita nak ke mana?" tanya aku

"McD lah..." balas Amran

"bukan kat Taman Conought ke?"

"tak..jauh sikit..hehehe"

Oh rupanya kami ke Mcd Lebuhraya KL-Seremban!
Bersebelahan dengan MINT Hotel yang dah tutup itu.
Well, aku tak kisah pun asalkan dapat makan GCB.
Kami memesan 3 set GCB plus Filet O Fish!
Puas gila rasanya dapat makan GCB yang diidamkan!
Selesai makan, kami keluar mengambil angin sambil duduk di tepi
lebuhraya itu. Best kot duduk malam2 buta mcm tu sebab angin sangat
kuat!

Banyak yang dibualkan antara aku dgn Amran sementara si Papa itu sibuk
dengan iPhonenya. Dari satu topik ke satu topik kami umpatkan bersama
sehingga kering dah air liur ketawa.

Jam menunjukkan pukul 230am, dan kami bersedia untuk pulang.
Papa menghantar Amran pulang ke rumahnya dahulu di Sg.Besi sebelum
menghantar aku ke Bandar Tasik Selatan.

Kini, aku di dalam bilik, selamat menaip blog entry ini..

*Good Night*

--
Haie Ahmad

Al - Andalus

Al-Andalus

Seperti yang dirancang sejak seminggu yang lepas, aku bersama beberapa
rakan sekerja akhirnya menjejakkan kaki di Al-Andalus iaitu sebuah
restoran Lubnan yg terletak di Jln Damai, Kuala Lumpur. Terdapat
pertikaian yang berlaku antara aku dgn Syafiq tentang lokasi restoran
itu tetapi itu tidak menjadi halangan. Apa yang penting bagi kami
semua adalah menikmati shisha murah yang terdapat di situ. Kami yang
aku maksudkan di sini ialah rakan2 sekerja aku iaitu Syazwan, Syafiq,
Hanis, Izad, Megat dan aku sendiri.

Sementara menunggu Syafiq mengambil kereta di rumah, kami yang lain
meluangkan masa di Starbucks sambil berbual kosong.. Dari perbualan
merepek si Megat sehinggalah drama yang disambung oleh Syazwan. Aku
sekadar pendengar yang sesekali memberi komen. Mendengarkn cerita dari
mulut Syazwan, tidak ku sangka rupanya ada lagi sekelompok manusia
yang berhati 'sebegitu'.

Jam menunjukkan kira-kira 1am..

Kami semakin rancak berborak sebelum dikejutkan dengan bunyi hon
kereta Unser yg dipandu oleh Syafiq. Terus kami bergegas meninggalkan
meja di Starbucks dan meluru masuk ke dalam kereta. Sepanjang
perjalanan ke Andalus, Megat lah yang menjadi badut di dalam kereta
itu. Setiap butir bicara yg keluar dari mulut anak jati Pahang itu
pasti disambut dengan hilai tawa kami semua.

Setibanya di Andalus, hari masih lagi hujan renyai..
Kami mengambil tempat berbumbung di hadapan skrin itu.
Akan tetapi malang bagi aku kerana twempat duduk aku itu mengalami
kebocoran bumbung! Setiap titisan air hujab itu jatuh tepat di
hadapan. Tidak mahu merosakkan suasana, aku bingkas menolak meja
sedikit ke hadapan. Untuk mengelakkan dari terken tempias.

Kami memesan 3 tiang shisha, 2 pinggan chicken thigh, 3 Barbrican
drinks, a pot of lime tea dan aku sendiri memesan peach & orange
juice. Kelihatan ramai pelanggan di malam itu..semakin hari menjegah
ke lewat pagi, semakin ramai pengunjung yang melabuhkan punggung...

Meja kami meriah dengan "kewujudan" Megat sebagai pak lawak. Ini kali
pertama Megat mengikut kami overnight dan ini kali ketiga aku bersama
mereka. Sepanjang di Andalus, bergelak ketawa bermain PSP, iPod dan
melayari internet. Aku pulak dah semacam ting tong sebab terlalu
banyak asap. Tertido! Boleh? Hahahah

Kami pulang lewat jam 430am. Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur
sangat2 tenang dan memudahkan perjalanan kami. Kereta dipandu singgah
ke Mid Valley untuk menghantar Hanis ke tempat simpanan motornya
sebelum ke Bdr Tasik Selatan menghantar aku pulang.

Demikianlah kisah pekerja2 harapan SEEDcafe melepak di Andalus utk
edisi overnite pada kali ini. Hahahah..

*nanti kita naik Genting pulak nak? hehehe

-
Haie Ahmad