June 01, 2010

Happy Birthday Haie!!

Hari ini 28 Mei 2010, hanya ada beberapa jam lagi untuk aku menyambut
hari lahir aku yang ke 25 tahun yang jatuh pada 29 Mei! Oh sudah masuk
suku abad rupanya aku ni. Di Facebook, aku sudah mula menerima ucapan2
hari lahir daripada teman2 sosial. Dari teman lama di Puchong, kawan2
di Rawang, rakan sekerja di SEED, member2 melepak sehinggalah friends
di Facebook yang aku tak berapa kenal. Terima kasih kepada semua.

Malam sebelum 29 Mei itu, aku terima mesej dari amran. Dia mengajak
aku ke McDonalds malam tu. Sukanya aku sebab mesti dia akan belanja
aku McFlurry Oreo yang aku suka tu. Beberapa jam kemudian, aku pulang.

Sebaik tiba di stesen Bdr Tasik Selatan, Amran sedia menunggu dan kami
terus ke Kg.Baru untuk bertemu dengan beberapa orang temannya. Tidak
jadi untuk ke McD. Sebaik tiba di Kg.Baru, kami menunggu ketibaab
kawan si Amran ni dan beberapa minit kemudian, Ricee dan Danial tiba.
Menaiki kereta Danial, kami berkira2 untuk ke mana pada malam itu.
Ricee dan Danial sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada aku.

Di dalam kereta, kami berbual2 dan bersetuju untuk ke Bukit Bintang.
Kereta yg dipandu Danial dipacu terus ke bawah parking Starhill.
Kemudiannya kami berjalan kaki ke Starbucks Pavilion. Di sini lah
Amran membelikan aku minuman kegemaran yg juga termasuk dalam senarai
wishlist untuk hari lahir aku iaitu green tea frappucino...biggest
size! Thanks Amran!

Kami melepak di Starbucks sehingga ke pukul 1am sebelum kami naik ke
tingkat atas untuk minum2 di Rainforest Sports Bar yg terletak di
tingkat 1 Pavilion. Suasana di dalam itu sangat2 meriah dgn bunyi
dentuman muzik yg kuat. Aku ikut sama mengikut rentak lagu. Terdapat
beberapa pengunjung yg leka menari dan di dalam itu jugalah DJ bar itu
melaungkan "happy birthday Haie!!!" . Itu semua kerja si Amran. Entah
bila dia bocorkan tentang kehadiran aku sebagai birthday boy pada
malam itu! Terkejut aku...dan juga segan2 kerana org memandang dan
senyum2. =p

Ini lah birthday yg paling penat aku lalui..
Kami pulang semula ke Kg.Baru untuk makan!
Perghhh!! Makan lagi? Yes Amran belikan aku kueh teow basah..sedap
tapi aku tak dpt habiskan kerana kepenatan..letih dan exhausted!

Terima kasih Amran, Ricee dan Daniel =)

*akan ke Pavilion pada keesokan harinya

--
Haie Ahmad

May 29, 2010

THANK YOU!

Inilah masa untuk berterima kasih secara solid kepada semua kenalan aku di atas ucapan2 Selamat Hari Lahir yang kamu semua ucapkan kepada aku sejak beberapa hari ini. Terima kasih untuk kamu semua. Terima kasih kepada yang belanja makan..terima kasih kepada yang menghiburkan..terima kasih semua!

Aku senaraikan semua nama kamu yang ucap Happy Birthday mengikut giliran;

Melalui phonecall;

-Mak tersayang
-Abah tersayang
-Anis si adik tersayang
-Jesper Olsan Ajek
-Asril Hafiz Ali
-Kathy Aung
1. Soraya Mocta (she wish early thru my Twitter)
2. Helmi Shaari (thanks for your early SMS)
3. Aimi Damia (she yelled "HapPy Birthday Zammm!!" early at my workplace)
4. Amran Reza Musa (he kidnapped me and belanja macam2)
5. Ricee Bakso & her boyfriend (thanks for the ride)
6. Zaidah Zaira (the 1st to wish on 12am)
Ucapan yang diterima melalui Facebook;
7. Adlil Izzat
8. 야하야 아픽 (i dunno how to pronounce ur name but thank you!)
9. Diaz Mocta
10. Nurmaisarah Ahmad Azlan
XX. Oshie Meriah
11. Joey Tag
12. Ken Goh
13. Fariz Abdullah
XX. Saliimah Syed Ghazali
14. Syazwan Zulkamal
15. Amal Deanospike
16. Ejay Zulkifli
17. Kitson Tan
18. Arif Zainal
19. Zack Azam
20. Scar Azman
21. Fad Lee
22. Faa-Izz Bionic
23. Saleh Sley
24. Sunny Tan
25. Azawi DAvid
26. Farsha Farhana
27. Lieza Bahanudin
28. Cik Eyka
29. Aidawati Ramly (oh Kak Da ku sayang)
30. Effarina Nana Hardstyler
31. Jimie Foster
32. Yone Lay
33. Emeritus Wan Reza
34. Sara Razali
35. Syafiq Scurelor Ezzad ( babe, i HATE your Justin Bieber)
36. Che Nurul Suaidah
36. Hariz Zolkapli
37. Hye 慧君 Jin Steph
38. Luke Carliff
39. Chap Chapster
40. Rie El Gran Pensador (my housemate)
41. Miz Mea
42. Jill Stam
43. Didi Asbullah (met with her at Pavilion today)
44. Zach Nua (met with him at Pavilion today)
45. Azly Berg
46. Khrisnae Yang Dipertuan Agoeng
47. Hairul Faezi Lokman (ade ke? aku mcm lupa..)
48. Kamal Kamarulzaman
49. Aemie Ahmad
50. Md Izanudin

**kepada mereka yang aku terlepas pandang tu..mintak maaf ye..Thanks jugak kepada yang wish dalam Myspace. Sorry la tak reply =). yang bertanda XX tu sebab aku terlepas but teringat balik ..ape2 je la..tapi thank you :)

May 28, 2010

i miss you. . .

Apa lah nasib aku sekarang ni kan?
Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Perasaan dan emosi
aku cepat berubah dan tak menentu. Aku tak faham kenapa aku sangat
memikirkan perkara itu..terlalu memikirkan tentang itu..

Hidup aku kini sunyi. Tersangatlah sunyi tanpa orang yang disayangi.
Aku pernah bercinta, mencintai dan dicintai, tapi kini hanya
bertemankan kesepian. Sedih dengan keadaan hidup aku sekarang. Aku
tidak punya ramai teman kerana aku sukar percayakan seseorang. Tidak
mudah untuk aku meletakkan status 'bestfriend' itu kepada sembarangan
orang.

Aku perlukan CINTA.

Tak boleh ke kalau takde C.I.N.T.A ?
Well, siapa je di dunia ni taknak disayangi kan?
Aku pernah bahagia dengan seseorang, tapi kini hidup aku sangat
merana. Kerana diserang rindu dan kenangan yg ditinggalkan oleh bekas
kekasih. Aku telah cuba sedaya termampu untuk melangkah keluar dari
zon selesa aku tetapi berat langkah kerana telah bertahun dipateri
bersama cebisan2 dan kukuhnya kenangan. Korang faham ke tak apa aku
ckp ni?

Di sini lah gunanya 'bestfriend'. Memainkan peranan sebagai keluarga,
guru dan doktor untuk kita. Kita tak perlu bekas kekasih untuk menjadi
ubat..juga tidak perlu senjata tajam sebagai galang ganti untuk
menghapuskan segala keperitan sakit hati. Kita hanya perlukan
'bestfriend' di sisi.

Aku pernah mahukan 'dia' utk kembali. Mewarnai kembali hari2 aku.
Tetapi ludah tak mungkin dijilat kembali olehnya...tak mungkin dia
singgah kembali hati yg pernah didiaminya. Kerana aku pernah kecewakan
dia. Sangat pedih aku perlakukan dia. Hina sangatkah dia untuk aku
layan sebegitu rupa dahulu? Layakkah dia?

Aku mungkin bersalah. Ya memang aku bersalah. Melukakan hati dia. Dan
kini, aku hidup ibarat sebatang kara...kera? Whatever~ tiada lagi
khabar rindu..tiada tawa dan rajuk..tiada ingkar dan pertengkaran..
Bahagiakah aku kini?

No, tidak. Aku sedang mengintai hati seseorang. Dapatkah aku menjalani
hidup bahagia seperti dulu? We'll see...

*..and the cloth u left
they lie on my floor..
and they smells just like u
I love the thing that u do..
when u walked away I count the step that u take..
do u see how much I need u right now..I miss you..

- Avril Lavigne(when ure gone)

--
Haie Ahmad