May 02, 2010

@DELIcious Mid Valley

Selamat masuk ke bulan May!

Hell yeah and cross ur fingers coz I'm now counting down to my
birthday by end of this month!
Omg!~ it means that I'm getting older, getting getting older! I hate that..

Well, my 20 ++ birthday will be on this 29th..and again will share a
birthday with my mom and my little sister which falls on 31st(mom) and
28th(sister). But usually,my family will hold some makan2 with our
family closest-friends.

Yes,we won't invite those makcik2 gossipers to our makan2 party. And
yes, it will be held on the 30th of May. =)

Why?

Because that date is a 'vacant' date to playsafe to us..while my
sister wanted to do a birthday party for her on 28th, mine on 29th &
mom on 31st,can make my abah bankrupt! So abah picked 30th...again =)

I only have 27 more days to go before my age on MySpace will soon
automatically increase to 24! (but I can give a 'discount' to my year
of birth later..so it won't increase =)
Well I was planning to celebrate my birthday with only my closest
friends..which is not so many.
I don't have many closest bestfrens..maybe ill do it in a karaoke
style at RedBox!

Kami kaki karaoke!

--
Haie Ahmad

April 19, 2010

Kami ke Penang~!

Alhamdulillah...
Setelah diplanning selama 3 bulan, hasrat kami bertiga untuk bercuti
di luar Kuala Lumpur tercapai jua. Kami bertiga yg dimaksudkan ialah
aku, Amran & Zaidah. Ini bukan percutian luar Kuala Lumpur yg pertama
buat Amran dan Zaidah sebab sebelum ni diorang dah ke Bukit Fraser
tanpa aku. Actually,bukan tak ajak tapi aku susah nak mendapatkan
perlepasan dari tempat kerja.

Plan ke Penang ni muncul tatkala aku dan Zaida sedang menikmati makan
malam di Bdr Tun Razak..sambil2 makan sambil online website AirAsia =)

"lets go to Penang!" sahut aku

Since kami bakal menaiki kapal terbang ke sana,kami telah awal2
menempah tiket penerbangan pergi balik. Thanks to Amran =) Well,3
bulan sebelum bertolak ye.

Kami ke penang pada 1-3 April lepas menaiki penerbangan pertama dari
LCCT...agak lemau gak lah nak menunggu sebab kami menghabiskan masa di
KLIA dan LCCT pada mlm 31 Mac tu.

Sebelum bertolak,sempat jugak aku membeli sebuah luggage baru yg
comel..SAMSONITE ok! haha..kopak2..aku beli sebab luggage yg lama tu
dah tak kukuh.

Flight kami berlepas tepat jam 6.55am dari LCCT dan tiba di Penang 50
minit selepas itu..
Ini kali pertama Zaida & Amran menaiki kapal terbang..so semasa ke
Penang,aku bagi Amran duduk tepi tingkap dan ketika penerbangan
pulang,Zaida pula duduk tepi tingkap..

Kami daftar masuk di Hotel Copthorne,Tg Bungah sekitar jam 10
pagi..awal tuh! perjalanan dari airport ke hotel lebih kurang 45
minit..btw,kami menaiki limosin! panjang ye..selesa kaki bak kata
Amran yg duduk belakang..

Hotel penginapan kami amat ekonomi dan cukup selesa dgn bajet yg
dilaburkan..ada private beach lagi ok! hehe..so jauh dr pengunjung2
luar..exclusive sgt2..

Staff hotel sgt friendly..
Oh ya,kami mintak extra bed and I slept between two of my friends =)
Malam pertama kami ke pasar malam Batu Feringghi menaiki shuttle
percuma yg disediakan pihak hotel..dalam shuttle tu cuma kami bertiga
melayu..the rest are foreigners.

Hari kedua..
kami breakfast di coffee house tepi kolam renang..mkn like there is no
tomorrow..dan selepas itu kami ke Toy Museum yg terletak betul2 depan
hotel penginapan kami. Bayaran masuk Rm8 utk dewasa..
Sumpah ckp Toy Museum ni mmg best gile! terbaaeeekkkk!!
Macam2 watak kartun,action figures,dolls dan maskot dari filem2
terkenal Hollywood ada dlm muzium ni..Kata penjaga muzium ni,pemilik
koleksi permainan ni mendapatkan koleksi2 tu semua dari luar negara
and guess what,apa yg kami tgk dlm muzium tu cuma 60% drp koleksi
sebenar milik si pengumpul..
what!? 60% je dlm byk2 tu?
serius beb muzium tu besar dan kalau dlm ribu2 koleksi tu cuma 60%,
means koleksi asal dia mesti baaannyyaakkk gilerrrss kan?

Selesai tgk2 toys,kami ke Georgetown, Komtar, Perangin Mall...Gurney
etc..seharian jalan tak cukup...

Malam itu kami tak kemana2 sebab hujan..so duduk bilik sajeee..tgk
tv..makan sambil layan Scary Movie 4..haha dah takde ape nk
buat..sampai semua tertido..

Last day in Penang, kami breakfast mcm biasa..berkemas dan check
out..tapi flight pukul 9pm..ape nak buat lagi 8 jam nih? Then kami
decided utk jalan2 di Queensbay Mall...yes Queensbay Mall ni sgt
meletup ye! the biggest in Penang if I'm not mistaken..kami spent some
hours before bergerak ke airport sekitar 6pm..

Sampai di airport,daftar masuk dan checkin sumua luggage..we spent our
very last moment in Penang at McDonalds! huhu online facebook di
sana...

We took off from Penang late that night.it was around 935pm from the
original schedule..flight was delayed.. =)

*was thinking to go to Kuching before this year Hari Raya*

--
Haie Ahmad

March 02, 2010

Dah masuk 2010

Dah masuk tahun 2010 dan baru je masuk bulan Mac untuk tahun ini.
Perkembangan terbaru aku? Well,macam ni jugak lah aku. Masih tak kaya2
dan minda serabut dengan masalah itu dan ini. Umur seperti aku
sepatutnya dah mempunyai satu kerjaya yang kukuh..erm bukanlah aku nak
cakap yang kerja aku sekarang ni takde masa depan tapi its more to
'tak sesuai'. Aku semacam tak boleh lari dari dunia F & B..tau apa itu
"F & B"? its Food & Beverage young boy..

Kalau sebelum ni aku kerja di sebuah restoran fine dining mewah
BRASSERIE LA PLACE di Damansara, kini aku bersama SEEDcafé di Mid
Valley. Yes, SEEDcafé yg ada butik baju SEED tu. Hampir setahun aku
bekerja si sini. Bulan Mei depan genap lah setahun aku di sini.
Sebagai pekerja di café ni, aku dapat pvevilleges iaitu 40% dickaun
untuk jenama2 di bawah kumpulan PADINI HOLDINGS..in case if you don't
know what brands are under PADINI, let me tell you. They are; VINCCI,
VINCCI+, VINCCI accessories, Padini Authentic, PDI, P&Co., MIKI, SEED
dan jenama PADINI itu sendiri.. best kan? =D

Sebelum ni, aku rajin jugak ke Padini Concept Store di OneUtama utk
beli tshirt2 kat sana..sekarang ni muak dah aku tgk jenama2 tu semua.
Kalau dulu aku teringin nak daftar sbg membership kad Padini, kini aku
sendiri dah ada Staff Purchase Card yang tertera nama aku secara
ekslusifnya. Itu adalah kad diskaun untuk pekerja2 Padini Holdings
seperti aku.

Dari kejiranan fabulous di Damansara Utama, aku berpindah ke sub-urban
Bandar Tasik Selatan pada April 2009. Tiada lagi uptown yang famous
tu..yang paling dekat di sini ialah Downtown Cheras.. tiada lagi
nightlife 24hour di sini berbanding Damansara.. Semenjak tinggal di
sini, aku dah tak pernah menggunakan bas Rapid KL sampaikan aku tak
tau yang bas tu dah tak menggunakan tiket harian macam dulu. Kalau
dulu aku boleh guna tiket RM 2.00 tu sepanjang hari,kini tidak lagi.
Lagipun rumah aku skrg ni 10minit je dari Stesen Tasik Selatan where
all the rail services like LRT,ERL & the fucking-late Komuter located.
Aku ke tempat kerja di Mid Valley pun guna Komuter tu.. Memang ada bas
dari rumah ke stesen tapi jalan kaki lagi cool kot..leh keep fit.
Perut pun dah tak flat mcm dulu..-dah nampak buncit sikit.. =)

Ok lah,next time update lagi..

*serabut mode*

--
Haie Ahmad